BINTULU: Penghuni rumah panjang di kawasan Parlimen Bintulu  dinasihati supaya duduk berbincang untuk mendengar suara majoriti sekiranya timbul sesuatu masalah di rumah panjang masing- masing.

Ini kerana dalam apa jua masalah suara majoriti amat  penting, ujarnya.

Beliau berkata perbincangan  merupakan alternatif atau jalan penyelesaian terbaik untuk mendengar suara majoriti dan kehendak rakyat terutama penghuni rumah panjang di dalam mencari penyelesaian terhadap sesuatu perkara atau isu yang timbul    bagi mengelak berlakunya perpecahan di kalangan penduduk rumah panjang.

Justeru, beliau menasihati semua tuai rumah supaya sentiasa fokus terhadap apa yang dilakukan sekaligus menjaga kepentingan anak buah mereka disamping sentiasa bekerjasama dengan demi keharmonian dan keselesaan hidup.

Tiong juga menyarankan agar ketua masyarakat mengambil perhatian dan cuba menghentikan penyebaran khabar angin seumpama itu yang disifatkannya boleh mendatangkan kesan negatif kepada perpaduan penduduk tempatan.

Pada masa yang sama, beliau turut menasihati generasi muda terutama  ‘anembiak’ di rumah panjang supaya bekerjasama dengan pemimpin peringkat akar umbi sekiranya terdapat masalah menerusi pendekatan ‘bertemu empat mata’ atau berbincang bagi mencari jalan penyelesaian.

Malah, Ahli Parlimen Bintulu itu turut mengingatkan mereka supaya tidak mengambil tindakan di tangan sendiri atau menggunakan kekerasan ekoran pendekatan sedemikian tidak memberi sebarang kebaikan kepada mana- mana pihak.

Tiong yang juga Presiden Parti Demokratik Progresif(PDP) semasa berucap majlis Pra Gawai di rumah panjang, Webster Ranggong Anak Lansam, di Sungai Tibus, Suai.

Mengenai program lawatan tersebut pula, beliau memberitahu kunjungan tersebut adalah untuk berkongsi kegembiraan menyambut Kedatangan perayaan Gawai Dayak yang bakal tiba.

Di samping itu, ia juga bertujuan untuk mendengar setiap permasalahan yang dikemukakan oleh penduduk rumah panjang yang dikunjungi sekaligus berjanji untuk membantu mencari jalan penyelesaian.

Pada majlis tersebut, beliau turut mengumumkan geran peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar(RTP) sebanyak RM75, 000 untuk menaiktaraf rumah panjang terbabit selain RM10, 000 kepada Biro Wanita untuk kegunaan mereka.