BINTULU: Kerjasama antara penghuni rumah panjang dan ketua kaum termasuk ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) perlu dalam memantapkan lagi kemajuan di sesebuah rumah panjang.

Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing berkata, selain itu,mereka dilantik memegang jawatan sebagai ketua masyarakat atau pemimpin kampung juga harus jujur melaksanakan tugas.

Katanya, hal ini penting kerana hanya sikap jujur dan amanah memikul tanggungjawab sebagai pemimpin akan membolehkan mereka mendapatkan kepercayaan daripada penduduk.

“Kerjasama antara pemimpin dan rakyat penting untuk memastikan kemajuan serta kecemerlangan sesebuah rumah panjang dapat dilaksanakan.

Katanya, mereka menjadi ketua masyarakat dan pemimpin kampung perlu jujur menjalankan tugas serta tanggunjawab yang diamanahkan supaya terus mendapat kepercayaan daripada penduduk.

Tiong berkata demikian semasa mengadakan lawatan Pra-Gawai ke beberapa rumah panjang di kawasan Dun Jepak semalam.

Antara rumah panjang dilawati adalah Rumah Selanjat Anak Usah di Sungai Segan, Rumah Stanley Anak Lunyong,Rumah Kinminsna Anak Kassim, Rumah Chaong Anak Tom, Rumah Senin Anak Ngindang,masing-masing di Kuala Serupai, Rumah Saong Anak Jelani, Rumah Empenit anak Janting dan Rumah Melan anak Sining (Jalan Kuala Tatau).

Lawatan tersebut antara lain bertujuan untuk berkongsi ke gembiraan menyambut kedatangan perayaan Gawai Dayak yang bakal tiba.

Di samping itu, ia juga bertujuan untuk mendengar setiap permasalahan yang dikemukakan oleh penduduk rumah panjang dikunjungi sekali gus berjanji untuk membantu mencari jalan penyelesaian.