KUCHING: Kerja-kerja menaik taraf dan memulihkan jalan Belaga-Menjawah di Kapit pada peringkat 13-15 peratus.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak menerusi satu kenyataan berkata, kerja-kerja menaik taraf dan memulihkan jalan terbabit dijangka siap pada Mei 2020.

Tambah kenyataan itu, JKR Sarawak menaik taraf dan memulihkan Jalan Belaga-Menjawah sepanjang 33.8 kilometer (km) mengikut standard R1.

Terdahulu, rangkaian jalan Belaga-Menjawah ke Bakun dibina di bawah program Jiwa Murni dan siap pada tahun 2016.

Justeru, JKR Sarawak berkata, kerja-kerja menaik taraf dan memulihkan jalan di bawah program Jiwa Murni ini memerlukan masa.

Ini kerana, penyiapan kerja-kerja menaik taraf dan memulihkan jalan terbabit harus menjamin keselamatan pengguna terutamanya penduduk di kawasan Belaga.

Kerja-kerja menaik taraf dan memulihkan jalan Belaga-Menjawah bermula pada November tahun lalu yang memberi kelegaan kepada penduduk kawasan berkenaan.