LIMBANG: Kerajaan Gps akan terus memperjuangkan kebebasan beragama di samping kebudayaan pelbagai kaum di negeri Sarawak.
 
Katanya, penting untuk Sarawak sentiasa dalam keadaan stabil, selamat, aman damai agar terus meningkat maju dalam semua aspek pembangunan.
 
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata, perjuangan ini merupakan antara perjuangan kerajaan GPS yang dipimpin oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Dr Abang Johari Tun Openg.
 
“Setiap kaum atau bangsa mempunyai peluang yang sama tidak mengira majoriti ataupun manoriti.
 
“Ini bagi mewujudkan satu masyarakat saling menghormati antara satu sama lain dan semangat kerjasama yang kukuh antara kita.
 
Beliau berkata semasa ucapanya di hari pertama Pesta Babulang 2019, di sini, semalam.
 
Menurutnya, tidak ada perpaduan dan keharmonian hidup di kalangan masyarakat, maka masyarakat kita tidak akan menjadi kuat.
 
“Hal ini boleh menjejaskan kemakmuran serta kesejahteraan hidup masyarakat negeri kita,” ujarnya.
 
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli II turut menyeru masyarakat Bisaya untuk terus bekerjasama dengan kaum-kaum lain untuk terus memerintah negara.
 
“Kerjasama ini penting bagi memastikan misi dan visi Sarawak menjadi sebuah negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030 akan dapat dicapai.
 
“Pesta bebulang ini diharapkan dapat menjadi satu platform kerjasama antara pelbagai kaum lain,” katanya.
 
Turut hadir, Menteri Muda Pertanian merangkap Adun Bukit Kota, Dr Abdul Rahman Ismail, Adun Batu Danau, Paulus Paulu Gumbang dan Ahli Parlimen Limbang, Hasbi Habibullah.