KUCHING: ‘Sekolahku Rumahku’ yang dilengkapi perpustakaan mini serta teknologi moden akan merapatkan jurang digital antara pelajar bandar dengan luar bandar, kata Menteri Muda Bekalan Elektrik Luar Bandar Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Menurutnya, program itu merupakan alternatif dalam menyediakan keselesaan kepada pelajar dan ibu bapa dari kawasan pedalaman.

“Selain perpustakaan, ia dijadikan rumah transit bagi ibu bapa yang datang dari pedalaman ketika melawat anak mereka di sekolah,” katanya sewaktu melancarkan Perpustakaan Pintar Mini

dan Rumah Transit pada program Ramah-Tamah Gawai Raya di SK Rambungan, semalam.

SK Rambungan sebelum itu terpilih sebagai salah sebuah sekolah di negara ini untuk program tang- gungjawab sosial korporat Samsung Malaysia Elektronik Sdn. Bhd.

“Pemilihan sekolah ini adalah selari dengan hasrat Kerajaan Sarawak untuk mencapai matlamat ekonomi digital dalam tempoh lima tahun, termasuk menyediakan prasarana pembelajaran dan pengajaran abad ke-21,” katanya.

Terdahulu, Dr Abdul Rahman memberitahu, sebanyak RM1bilion disalurkan Kerajaan Sarawak untuk membaiki sekolah daif di seluruh negeri.

“Hampir 1,400 sekolah di Sarawak telah dikategorikan sebagai sekolah daif dan perlu diperbaiki.