KUCHING: Orang ramai dijemput memeriahkan Rainforest In The City (RITC) 2019 pada 2 Julai hingga 11 Julai di Panggung Udara Kuching.

Acara diadakan selama 10 hari akan memberi pengalaman hutan hujan kepada penduduk di bandar dalam bentuk muzik, cahaya dan teknologi.

Menteri Pelancongan, Ke-senian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sejajar Tahun Melawat Sarawak 2019, acara tersebut diolah khas untuk pelancong dan orang tempatan.

Abdul Karim berkata, kementeriannya bekerjasama dengan Jabatan Pelancongan Sarawak (STB), RITC menyasarkan meningkatkan keseronokan dan kesedaran orang ramai mengenai Rainforest Music Festival akan datang.

Jelasnya, elemen seni dan vi- sual acara tersebut terdiri daripada empat pemasangan utama iaitu Forest Projection Mapping, LED Tree, Tunnel of Life dan LED Light Balls.

Tambah Abdul Karim, persembahan muzikal dari At Adau meru- pakan salah satu acara kemuncak ketika malam pelancaran tersebut.

“Setiap hari, ada kalangan pemuzik yang berlainan akan membuat persembahan.

“Mereka akan menghiburkan pengunjung yang datang sambil dikelilingi oleh alam semula jadi, lampu dan teknologi,” katanya.

Kata Abdul Karim, pemasangan lampu LED di sekitar kawasan panggung udara tersebut menjadi tempat mengambil gambar yang cantik untuk orang ramai.