BINTULU: Persatuan Bola Sepak Bintulu (BIFA) dengan kerjasama Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB) N. 68 Tanjung Batu mempelawa mereka yang berminat menyertai Kursus Asas Pengadil Bola Sepak (Padang) dan Futsal Peringkat Negeri Sarawak.

Kursus enam hari bermula 20 hingga 25 Julai depan akan diadakan bertempat di bilik mesyuarat Dewan Suarah Bintulu dan padang bola sepak Lembaga Kemajuan Bintulu(BDA) di sini.

Presiden BIFA Mohd. Zaifulfadillah Junaidi, berkata penyertaan sudah dibuka yang mana penyertaan terhad kepada 25 peserta sahaja dengan yuran pendaftaran RM250 dikenakan kepada setiap peserta.

Keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, katanya, boleh diperolehi dengan menghubungi Mohd. Amir Firdaus Abdullah di talian 013- 8186901,Jaidan Gapor(013- 8184174) atau Rodee(013- 8303362).

Katanya, penganjuran kursus bukan sahaja sebagai langkah awal BIFA dalam melahirkan tenaga pengadil bertauliah, tetapi, mampu menyediakan tenaga pengadil bagi mengendalikan Liga Bintulu 2019 serta penganjuran pelbagai kejohanan sepanjang tahun anjuran badan induk berkenaan.

Zaifulfadillah, dalam pada itu, berkata pihaknya percaya menerusi penganjuran pendekatan sedemikian akan dapat menyediakan tenaga pengadil bagi menampung keperluan (pengadil) terutama ketika saringan Liga Bintulu 2019.

MOHD ZAIFULFADILLAH