SARIKEI: Kerajaan Sarawak komited dalam usahanya untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dengan meluluskan beberapa projek berimpak tinggi yang bakal memberi manfaat besar untuk rakyat khususnya penduduk di bahagian ini.

Adun Repok Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata, sebahagian daripada projek itu diluluskan malah, ada yang sudah dilaksanakan khususnya di Dun Repok.

Pelaksanaan projek jalan raya Sungai Pasi ke Tanjung Manis katanya, membuktikan keprihatinan Kerajaan Sarawak terhadap keperluan rakyat.

“Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak, khususnya kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg atas kelulusan beberapa projek berimpak tinggi untuk rakyat di kawasan ini.

“Kita berbesar hati kerana Sarawak mempunyai seorang

Ketua Menteri yang sentiasa berfikir untuk rakyat dan sering menghulurkan dana berterusan untuk membangunkan Sarawak termasuk Sarikei.

“Ini menunjukkan Abang Jo sangat menyayangi rakyat dan kita semua mesti menyokong perjuangan beliau,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Dewan Serba Guna Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) dan Program Ngiling Bidai Gawai Dayak 2019 di sini semalam.

Dewan baharu dibina di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2018 sebanyak RM200,000 memberi kemudahan serta tempat yang lebih selesa kepada penduduk setempat menganjurkan program.

Huang berkata, kemudahan yang disediakan Kerajaan Sarawak itu bukan sahaja boleh dimanfaatkan untuk menganjurkan program kemasyarakatan tetapi juga memberi peluang kepada penduduk melakukan aktiviti ria dan sukan.

Menurutnya, prasarana itu juga berperanan sebagai platform memupuk semangat perpaduan dan kejiranan.

“Sehubungan itu, saya juga menggesa penduduk agar menganjurkan pelbagai aktiviti yang

berfaedah dan berharap kemudahan ini diurus serta dijaga dengan baik,” katanya.

Turut hadir Pengerusi SDNU Tuai Rumah Setia Ungok, Penghulu Bidai Gisang, Penghulu Wiliam Tandang, Pengerusi Pengelola Program, Kaunselor Egong Undong dan lebih 500 pen- duduk.