BINTULU: Pelbagai aktiviti bakal dilangsungkan sebagai pengisian sambutan perayaan Hari Sarawak Tahun 2019 yang dijadualkan pada 22 Julai depan bertempat di tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu.

Antaranya, penganjuran Sarawak Day E-Sports Cup 2019 pada 20 hingga 22 Julai bertempat di Paragon Street Mall, Sarawak Day Run(21 Julai, Wisma BDA), majlis kesyukuran melibatkan semua tempat ibadah, Konsert Kamek Sayang Sarawak(21 Julai, tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu, perhimpunan sambutan perayaan Hari Sarawak(22 Julai, tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu) serta Pameran Hari Sarawak(22-28 Julai,Paragon Street Mall).

Turut diadakan juga peraduan esei bagi sekolah menengah dan peraduan mewarna pada 21 hingga 22 Julai di Monumen Dewan Undangan Negeri(DUN) pertama yang terletak di pusat bandar Bintulu.

Ini merupakan julung kali sambutan(Hari Sarawak) diadakan di luar bandaraya Kuching dan masayarakat Bintulu seharusnya berasa bertuah dengan pemilihan Bintulu sebagai tuan rumah kali ini.

Yang DiPertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Raghad Kurdi Taib dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan isteri, Datin Patinggi Datuk Amar Hajah Juma’ani Tuanku Bujang dijangka menghadiri majlis sambutan perayaan tersebut.

Sementara itu, Lembaga Kemajuan Bintulu(BDA) menerusi kenyataan dalam media sosialnya menyeru seluruh penduduk di bahagian ini supaya sentiasa mengekalkan kebersihan, kecerian dan keindahan sepanjang program berlangsung.

Menurut kenyataan tersebut, perayaan agar ia memberi pengalaman yang manis dan berharga kepada para pengunjung.

Di samping itu, usaha ini juga akan mendorong kita untuk mejayakan kempen #antikutusampah bagi bahagian Bintulu.

Justeru, agensi berkuasa tempatan berkenaan meminta seluruh warga Bintulu agar menjaga kebersihan bandar Bintulu.

Katanya lagfi, BDA amat mengalu-alukan pertubuhan bukan kerajaan(NGO), persatuan, jabatan dan agensi kerajaan termasuk swasta untuk bersama-sama pihaknya bergotong royong membersih bandar Bintulu pada setiap Sabtu dan Ahad bermula 22 Jun ini.

 

Kredit gambar fail: AstroAwani