KUCHING: Mahkamah Rayuan menerima rayuan seorang lelaki berusia 44 tahun dari Serian untuk meringankan hukuman penjara 50 tahun dan 24 sebatan terhadapnya kerana merogol anak perempuannya sendiri yang berusia 19 tahun hingga mengandung.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Abdul Rahman Sebli, Datuk Kamardin Hashim dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd

Diah yang bersidang semalam memutuskan hukuman terhadap lelaki tersebut dikurangkan kepada 25 tahun, namun hukuman 24 sebatan dikekalkan.

Berdasarkan fakta kes, mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Serian pada 11 Ogos 2017 bahawa dia telah dirogol oleh bapanya sendiri sejak berusia 16 tahun.

Mangsa juga mengaku dirogol oleh tiga lelaki lain iaitu bapa

saudara dan datuknya sendiri. Hasil pemeriksaan kesihatan kemudiannya mendapati mangsa telah disahkan mengandung selama 25 minggu.

Mahkamah Rayuan mengurangkan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen sebelum ini iaitu penjara 50 tahun selepas tertuduh didapati bersalah di bawah Seksyen 376A dan seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.