Saya perlu berkongsi dengan anda kerana terdapat golongan profesional di hadapan saya.

Saya tidak boleh berkata sebarangan kerana yang saya tahu anda akan menilai saya sama ada saya kompeten atau tidak.

Seperti yang anda tahu apabila anda menjalankan ekonomi, terdapat tiga perkara yang harus diambil kira. Pertama ialah simpanan.

Anda harus memantau simpanan anda. Kedua ialah pelaburan. Pelaburan anda harus strategik bagi memastikan pulangan dalam jangka masa panjang.

Ketiganya, ialah penggunaan. Tiga faktor ini yang anda harus tahu apabila menggerakkan ekonomi negara.

Untuk itu kerajaan saya, Kerajaan GPS mengambil kira faktor tersebut apabila kami menggerakkan ekonomi Sarawak. Apabila kita membelanjakan wang terhadap infrastruktur jalan dan jambatan, ia adalah pelaburan jangka panjang, pulangannya akan ada dalam jangka masa panjang.

Pertama, anda akan ada jaringan. Kedua, anda akan menyediakan sokongan logistik.

Ketiga, sudah tentu, anda akan meningkatkan penggunaan kerana orang sentiasa memerlukan sesuatu dan oleh itu, sektor swasta tentunya meningkatkan keupayaan mereka dan mempunyai infrastrutur asas di sana, iaitu jalan.

Keduanya ialah kuasa. Anda perlukan kuasa. Jadi, kita membelanjakan wang untuk mengembangkan peruntukan kuasa. Dan kita bersyukur, Sarawak mengambil alih semua utiliti (penjanaan kuasa) termasuk Bakun. Ia tidak lagi di bawah Kerajaan Persekutuan dan ia milik kita.

Dengan kata lain, anda boleh menentukan kadar tarif, tarif akan menentukan kos pengeluaran dan itu yang akan kita lakukan.

Dan kita meletakkan wang kita untuk mempercepat pengagihan kuasa termasuk di kawasan luar bandar.

Ketiga ialah bekalan air. Anda perlukan air, jadi kita membelanjakan banyak wang untuk air.

Kemudahan Asas

Bagi air dan kuasa, kita memperuntukkan RM5 bilion untuk dibelanjakan dalam tempoh dua tahun sebagai usaha menyediakan kemudahan asas terbabit. Pada masa yang sama, jalan pesisir.

Perkara yang seterusnya ialah kita juga tahu semasa kita berbelanja kita harus tahu dari mana datangnya duit anda.

Berbelanja tanpa mengetahui pendapatan anda adalah sangat bahaya. Pricewaterhouse akan memberitahu anda; itu yang pertama (mereka akan tanya), “di manakah duit anda?”

Jadi saya harus menerokai pendapatan ini, bagaimana untuk mendapatkan pendapatan dan pendapatan ini bermaksud untuk membiayai program yang saya katakan tadi. Semasa anda melakukannya, anda harus melindungi simpanan anda.

Jadi, ini adalah kriteria utama apabila kita menggerakkan ekonomi. Sangat bersyukur yang pemimpin Sarawak mengetahui perkara ini. Saya boleh memberi jaminan kepada anda yang Sarawak tidak akan muflis dalam tempoh tiga tahun.

Mungkin, kita akan memperoleh lebih banyak wang melalui pelaburan seperti ini dalam jangka panjang. Seperti yang anda tahu, Sarawak mempunyai hak-hak tertentu.

Kita telah melaksanakan cukai jualan terhadap minyak dan gas kita. Ini adalah hak kita. Jika sesiapa enggan membayarnya, ia adalah jenayah kerana ia termaktub dalam udang-undang kita yang dilulus oleh Dun. Hanya lima peratus, bukan banyak, sikit sahaja.

Tetapi saya harus memanjangkan penghargaan kepada pemain industri. Mereka telah berdaftar dengan kita dan mereka membayar lima peratus cukai jualan ter- babit. Terima kasih kepada pemain industri berkenaan.

Kesamarataan

Namun, ada satu perkara, kita berbincang mengenainya. Saya telah mengatakan itu adalah hak kita dan mereka turut mengakuinya. Ia adalah hak kita.

Persoalannya ialah kuantum. Mereka mahu kita mengkaji semula 5 peratus, tetapi saya hanya boleh beritahu anda, kita kaji semula, bagi saya kesamarataan dalam aspek pendapatan.

Dalam kata lain, apabila kita berbelanja RM11 bilion dalam Belanjawan 2019, ia berdasarkan pendapatan yang juga hampir RM11 bilion. Kebiasaannya, kita mempunyai belanjawan surplus.

Saya harus memberitahu orang yang bimbang mengenainya, mereka tidak faham. Anda tahu, kadangkala ada hadnya untuk politik.

Segala perkara tidak seharusnya dipolitikkan. Harus ada had. Anda harus bekerja berdasarkan apa yang anda rasa harus dilakukan untuk rakyat.

Dan kerajaan saya melakukan perkara terbabit; tidak terlalu politik tetapi kita mahu menaik taraf tahap kehidupan rakyat dan pada masa yang sama meningkatkan pendapatan kita.

Itu sebab kenapa tiga faktor, simpanan, pelaburan dan penggunaan sangat penting dan anda harus mengambil kira ketiga-tiganya sebagai sebahagian daripada formula anda!

• Tulisan ini merupakan teks ucapan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sewaktu merasmikan pejabat PricewaterhouseCooper di Kuching baru-baru ini.