KUCHING: Politeknik Kuching terus kekal menjadi peneraju Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang berkualiti di Malaysia, setelah 1,161 orang pelajar baharu berjaya mendaftar, melebihi norma ambilan semasa iaitu 1,080 orang, sekaligus memperlihatkan kepentingan dan kesedaran ibu bapa kini terhadap TVET.

Pengarah Politeknik Kuching, Jamaliah Ahmad berkata sejak tahun 1969, politeknik berfungsi sebagai Institut yang memperkenalkan Pendidikan TVET, selaras dengan usaha kerajaan kini menjadikan TVET sebagai aliran pendidikan perdana di Malaysia.

“Situasi pada hari ini selari dengan usaha kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia, untuk menjadikan TVET sebagai aliran pendidikan arus perdana di Malaysia.

“Pendidikan TVET ini bukan sahaja mampu melahirkan tenaga kerja mahir dan terlatih malah berupaya mencipta pekerjaan menerusi pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki,” katanya berucap dalam Majlis Penutupan Minggu Suai Kenal Sesi Jun 2019 di Dewan Jubli Perak Politeknik Kuching (PKS) semalam.

Dalam pada itu, katanya berdasarkan permohonan melalui UPU di atas talian seramai 9,171 individu telah memilih Politeknik Kuching untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma bagi sesi Jun 2019, sama ada pilihan pertama hinggalah pilihan ke-12.

Pengarah Politeknik Kuching, Jamaliah Ahmad.

“Berdasarakan permohonan yang dilakukan oleh mereka melalui UPU di atas talian, pilihan ini dilakukan oleh mereka yang mempunyai syarat minimun kelayakan masuk atau tidak memenuhi syarat kemasukan.

“Untuk peringkat seterusnya ini, kita juga akan menerima pelajar baharu tambahan berdasarkan maklum balas setuju terima tawaran iaitu seramai 1,244 orang,” jelas Jamaliah.

Tambahnya PKS kini telah diakreditasi dan mendapat pengiktirfan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sejak 2012 yang membolehkan pelajar dapat menyambungkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi di luar negara atau tempatan.

Jelasnya lagi pada tahun lalu PKS telah melalui penilaian akreditasi Engineering Technology Acceredatation Council (ETAC) yang diiktiraf dari Lembaga Jurutera Malaysia.

“Dalam tempoh enam tahun, kita telah berjaya menjadikan lima kursus Diploma dI PKS ini mendapat pengiktirafan ETAC iaitu Diploma Kejuruteraan Proses (Petrokimia), Diploma Kejuruteraan Awam, Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan, Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) dan Diploma Kejuruteraan Mekanikal,” ujarnya.

TAHNIAH … Jamaliah Ahmad tengah merakamkan gambar kenangan bersama dengan kakitangan dana semua pelajar baru amblan Jun 2019 semalam

Selain itu, jelasnya pada tahun ini PKS juga akan melalui satu penilaian akreditasi iaitu Asia Pacific Accreditation and Certification Commision (APACC) yang dinilai oleh pihak Colombo Plan Staff College for Technician Education (CPSC) yang berpangkalan di Filipina.

Dalam majlis berkenaan beliau turut mengalakkan semua pelajar menyertai pasukan uniform, kelab dan persatuan yang disediakan di PKS berkenaan, bagi mencungkil bakat dan kepimpinan sehingga mampu bersaing dalam mewakilkan diri dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) selain melengkapkan diri dengan nilai sahsiah yang tinggi.

Majlis kemuncak iaitu menandakan titik permulaan sebagai pelajar PKS diteruskan dengan upacara bacaan ikrar pelajar oleh semua pelajar bahru kemasukan Jun 2019 bPKS dan nyanyian lagu rasmi Politeknik Malaysia.

Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Akademik PKS Chow Tio Kiong, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Mohamad Khirudin Amdan, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Mahathir Mohamad Kamin serta Jawatankuasa Pengurusan PKS.

IKRAR … Pelajar sedang membaca ikrar pelajar menandakan mereka secara rasmi bergelar pelajar Politeknik Kuching

 

IKRAR … Pelajar sedang membaca ikrar pelajar menandakan mereka secara rasmi bergelar pelajar Politeknik Kuching

 

IKRAR … Pelajar sedang membaca ikrar pelajar menandakan mereka secara rasmi bergelar pelajar Politeknik Kuching