KUCHING: Peserta Mamma Mia! The Musical mempunyai bakat bertaraf dunia apabila tampil dalam persembahan muzikal ini, kata Menteri Muda Pelancongan,

Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Snowdan Lawan.

Katanya, pasukan Simfoni Orkestra Negeri Sarawak (Sons) menunjukkan kebolehan mereka dalam bidang nyanyian dan lakonan.

“Saya percaya bukan mudah untuk melakukan semua ini dan berjaya menampilkan bakat melalui persembahan ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu ramah oleh wartawan ketika Mamma Mia! The Musical di Dewan Suarah, di sini, semalam.

Katanya, inilah masa untuk menunjukkan kebolehan dan bakat mereka dalam persembahan.

“Anak muda Sarawak mempunyai banyak potensi sehingga mampu untuk maju ke peringkat antarabangsa,” terang beliau.

Ujarnya, anak muda Sarawak perlu membuang rasa malu dan terus yakin bahawa mereka mampu membawa bakat mereka ke arah kejayaan.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Seni Sarawak Sharkawi Amit dan Setiausaha Tetap kementerian Hii Chang Kee.