LIMBANG: Sebanyak 39 buah Projek Transformasi Luar Bandar di bawah Ahli Parlimen Limbang, Hasbi Habibollah akan dilaksanakan pada tahun ini.

Menurut Hasbi, daripada 39 projek tersebut, 29 daripadanya berada dibawah seliaan pihak Jabatan Kerja Raya Bahagian Limbang dan selebihnya dibawah Jabatan Perairan dan Saliran (DID)

“Setakat ini lima projek dibawah seliaan JKR manakala empat di bawah seliaan DID sudah dalam pembinaan.

“Selainnya pula masih dalam perbincangan dengan pihak agensi kerajaan lain seperti Jabatan Tanah dan sebagainya,” ujar beliau.

Proses tender projek-projek lain dijangka akan dilaksankan pada bulan Julai ini.

Keseluruhan nilai kesemua projek terbabit adalah berjumlah RM5 juta.

Terdahulu, sebanyak RM5 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak kepada setiap Ahli Parlimen Sarawak disebabkan tiadanya dana diberikan oleh Kerajaan Persekutuan.

Difahamkan, persediaan untuk projek tahun hadapan juga sudah disenaraikan namun masih belum diluluskan oleh Kerajaan Negeri.