BINTULU: Program Ramah-tamah Aidilfitri bukan sahaja untuk menjamu selera dengan pelbagai hidangan, sebaliknya ia adalah platform untuk kita lebih mengeratkan ikatan silaturahim antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama.

Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Haji Talib Zulpilip berharap penganjuran program itu dapat memberi peluang kepada semua masyarakat merapatkan ikatan silaturahim sambil menikmati juadah yang disediakan.

Secara tidak langsung, ia dapat mewujudkan semangat kekeluargaan dan mengukuhkan perpaduan sesama kita,” ujarnya ketika berucap Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kampung Baru 2019, di sini.

Tambahnya, penganjuran majlis seumpamanya itu juga dapat memberi kesempatan kepada kita untuk saling bermaaf-maafan dan mengukuhkan lagi persahabatan yang sedia terjalin.

Talib, yang juga ADUN Jepak turut menyarankan pihak berkenaan melibatkan penyertaan generasi muda dalam penganjuran aktiviti atau program seumpama itu agar mereka dapat belajar cara- cara mengurus serta menganjur sesuatu program di masa akan datang.

Pada majlis tersebut, Talib turut menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Lampu Raya dan Gerai Tercantik.

Timbalan Residen Bahagian Bintulu Hussaini Hakim, Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Bintulu Azman Abdul Rahman hadir sama.