BARIO: Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Datuk Dr Mohd Gazali Abas membuat lawatan ke beberapa buah sekolah pedalaman untuk memantau kerja baik pulih dan penyediaan kemudahan elektrik.

Antara sekolah yang dilawati ialah SK Kuala Annau dan SK Tatau (Tatau), SK Syed Othman, SMK Agama (Miri) dan SK Bario, SMK Bario (Bario) sepanjang lawatan selama tiga hari yang berakhir semalam.

Menurut beliau, SK Sayed Othman antara sekolah tertua di Miri dan merupakan antara sekolah daif yang diberi perhatian serius oleh KPM kerana berada pada skala kedaifan tujuh.

KPM akan menyenaraikan pelaksanaan pembinaan sekolah daif menggunakan peruntukan RM1 bilion.

Dalam pada itu, katanya, SK Bario dan SMK Bario disenaraikan di bawah projek penyambungan ke talian elektrik awam dengan menggunakan peruntukan Kerajaan Sarawak.

DAIF… Keadaan asrama di salah buah sekolah.

“Kerja-kerja penyambungan elektrik ini termasuklah kerja-kerja pendawaian dalaman dan pendawaian luaran termasuk 106 sekolah kerajaan dan 21 sekolah bantuan kerajaan (SBK) di bawah fasa kedua,” ujarnya.

Tambahnya, KPM di bawah kepemimpinan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik akan sentiasa memberi keutamaan terhadap usaha memperbaiki sekolah daif dan menyediakan bekalan elektrik bagi sekolah di Sarawak, termasuk menyediakan penyambungan ke talian elektrik awam.

“Bagi memastikan kerja-kerja pembaikan sekolah daif mencapai hasrat kerajaan dan dinikmati oleh warga sekolah, lawatan mengejut dibuat ke SK Tatau untuk melihat sendiri kualiti pembinaan blok gantian bilik darjah daif dengan meng- gunkan IBS.

“Saya amat berpuas hati dengan kualiti pembinaan IBS menggunakan konsep konkrit pratuang dengan jangka hayat bangunan dapat mencapai lebih daripada 30 tahun.

Justeru, katanya, lawatan pemantauan ini akan diadakan secara berterusan oleh penguru- san tertinggi KPM bagi memas- tikan segala usaha dilaksanakan mengikut jadual.

Mohd Gazali turut melahirkan rasa puas hati dengan tindakan yang diambil oleh Jabatan Pendidikan Sarawak setakat ini.

“Bagaimanapun, usaha itu akan dipertingkatkan bagi memastikan segala tindakan lancar dan pantas.

“Pemantauan akan terus diadakan bagi memastikan tindakan yang telah dirancang berjalan dengan baik dan sempurna,” kata beliau.