Plastik merupakan salah satu bahan utama yang sentiasa berada di sekeliling kita. Ia melibatkan aspek makan, minum, permainan, peralatan termasuk botol, beg, membungkus sesuatu. Setiap saat kita menggunakan plastik.

Tanpa kita sedar, sampah melibatkan plastik ini menggunung bak Gunung Everest.

Plastik dikenal pasti menjadi punca pelbagai pencemaran alam sekitar terutama pencemaran laut dan darat ekoran lambakan sampah plastik oleh manusia.

Plastik menjadi isu global yang sehingga hari ini tiada titik noktah penyelesaiannya dan sukar dielak.

Sukar Terurai

Plastik mempunyai kesan jangka panjang kepada alam sekitar kerana plastik bahan yang sukar terurai secara semula jadi. Dikatakan plastik mengambil masa 500 hingga 1,000 tahun untuk terurai sepenuhnya di muka bumi ini.

Hal ini demikian kerana sebahagian besar plastik diperbuat daripada minyak bumi, salah satu bahan yang sama digunakan untuk membuat benzin dan solar.

Keni Vidilaseris salah seorang pakar biologi molekuler menjelaskan plastik mempunyai unsur organik yang terdiri daripada rantai atom karbon yang panjang dan berulang. Rantai panjang ini disebut polimer dan unit terkecil dari polimer ini disebut monomer.

Contoh monomer pada plastik ialah propilena. Propilena terikat satu sama lain membentuk rantai panjang yang disebut polipropilena.

Katanya apabila melibatkan nasi ia juga merupakan polimer. Begitu juga dengan daun dan kayu.

Semua ini polimer dari gula, tetapi molekul gulanya berikatan membentuk polimer pada nasi berbeza dengan pada kayu.

Walaupun plastik, nasi dan kayu mempunyai unsur polimer, nasi dan kayu mudah terurai secara semula jadi sedangkan plastik tidak dapat terurai.

Ini terjadi kerana nasi boleh dimakan oleh bakteria dan makhluk hidup lainnya dengan lebih halus. Menggunakan alat pemecah yang dikenal sebagai enzim, bakteria dan makhluk hidup lainnya boleh memecahkan polimer nasi sehingga terurai menjadi monomer gula.

Namun bagi plastik hampir tiada bakteria yang memiliki enzim yang mampu memecahkan polimernya.

Penguraian plastik ini hanya terjadi secara semula jadi melelui proses radiasi sinar Matahari, kepanasan, kelembaban dan tekanan di dalam Bumi yang berlaku dalam tempoh yang sangat lama.

Menurut Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Malaysia, produk yang mengandungi plastik ini mengandungi bahan yang membahayakan kesihatan tubuh yang boleh menyebabkan kesan sampingan antaranya kanser.

Tanpa memikirkan risikonya terhadap kesihatan, plastik untuk membungkus makanan mahupun styrofoam sudah pasti menjadi pilihan utama kerana ia lebih praktikal, ringan dan boleh digunakan berulang kali.

Bahan ini dihasilkan daripada bahan yang dikenali sebagai dioctyl phthalate (DOP) yang menghasilkan zat benzin, satu larutan kimia yang tidak boleh dihadamkan oleh sistem pencernaan.

Benzin ini juga tidak boleh dikeluarkan melalui najis (kotoran) atau air kencing. Akibatnya, zat ini semakin lama semakin terkumpul dan membentuk lemak. Inilah yang akhirnya menyebabkan berlaku kanser.

Kajian yang dilakukan mendapati kandungan bahan yang terdapat di dalam bekas plastik boleh mencemarkan makanan. Bekas plastik apabila terkena suhu tinggi, pewarna yang digunakan pada bekas plastik tersebut meresap ke dalam makanan.

Apabila sesuatu makanan yang baru digoreng diletakkan di dalam bekas plastik, suhu minyak yang tinggi menghasilkan kolesterol atau lemak tepu yang tinggi.

Bahan Penstabilan

Tambahan pula, bekas plastik ini mengandungi DOP serta logam berat zink yang biasanya digunakan sebagai bahan penstabilan untuk plastik dan digunakan secara meluas dalam proses penghasilannya.

Penggunaan DOP dalam industri PVC mencapai 50 hingga 70 peratus daripada jumlah bahan yang digunakan di dalam polimer untuk menambah fleksibiliti dan daya kestabilannya.

Selain efisien, DOP juga memberikan kelikatan yang stabil pada PVC. Selain daripada itu, penggunaan DOP, khususnya pada pembungkusan makanan dan ubata

atau barang mainan kanak-kanak juga menimbulkan masalah.

Kesan penyerapan bahan daripada PVC ke dalam tubuh turut menggugat kesihatan manusia. Styrofoam juga masih tergolong sebagai plastik. Ia bersifat reaktif kepada suhu tinggi. Selain itu, bahan asas Styrofoam bersifat larut lemak dan alkohol.

Bagi penulis tidak terlambat jika bermula dari saat ini gaya hidup seharian kita mesti berubah sepenuhnya dengan mengatakan tidak kepada plastik atau mengurangkan penggunaan plastik dalam kehidupan seharian.

Apabila ke kedai, amat mudah sekiranya membawa beg galas sendiri atau bekas sendiri untuk membawa barangan yang dijual.

Ini bukan sahaja mengurangkan penggunaan plastik malah mengurangkan penghasilan sampah plastik yang tidak henti berlaku.

Salah satu amalan yang kurang diamalkan oleh orang kita Malaysia ialah amalan kitar semua, seperti kita tahu plastik ini merupakan bahan yang sukar untuk terurai.

Melalui itu kita boleh menggunakan kepakaran dan kreativiti kita menghasilkan produk baru yang lebih berkualiti dengan plastik.

Sebut sahaja hiasan, barang permainan, hadiah, perabot, arca dan banyak lagi boleh dihasilkan melalui plastik yang dibuang ini. Melalui itu tanpa kita sedari ia dapat membantu menjana pendapatan selain mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Idea Kreatif

Idea kreatif yang dipraktikkan oleh sebahagian komuniti dalam mengitar semula bahan plastik ini perlu dicontohi semua pihak.

Salah satu usaha kerajaan yang harus disokong oleh semua pihak ialah berkenaan larangan penggunaan straw.

Memetik akhbar tempatan menjelaskan larangan penggunaan straw plastik konvensional bermu- la 1 Januari 2020 tidak membabit- kan orang ramai sebaliknya dikuat kuasa kepada peniaga dan pengu- saha kedai yang mempunyai lesen perniagaan.

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Datuk Seri Adnan Md Ikhsan berkata, penguatkuasaan larangan itu ditujukan kepada peniaga dan pengusaha kedai makan yang menjadi pemegang lesen dan bukan terhadap rakyat.

Katanya, pada masa sama, straw yang bukan daripada jenis plastik konvensional turut disediakan sebagai alternatif.

“Inisiatif mengehadkan penggunaan produk plastik konvensional yang berasaskan hidrokarbon diperkenalkan sejak 2016 dan dikuat kuasa 1 September 2017.

“Bagi meluaskan inisiatif ini, straw plastik konvensional dimasukkan sebagai salah satu produk yang dikelaskan di bawah produk yang mempunyai kesan negatif pada alam sekitar.

“Kementerian Wilayah mengambil inisiatif memasukkan larangan penggunaan straw plastik konvensional di dalam syarat lesen mulai 1 Januari 2019 supaya ia boleh dikuatkuasakan kelak,” katanya.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Begitulah juga dengan pendekatan mengurangkan penggunaan plastik dalam kehidupan.

Sehingga kini kesedaran masyarakat dunia akan bahaya nya plastik dan penggunaannya dalam kehidupan seharian tambahan dengan lambakan sampah plastik bagai acuh tak acuh.

Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab mereka harus mendidik generasi muda, dengan bahaya penggunaan plastik kerana sifatnya yang sukar terurai secara semula jadi, namun yang mereka perlu menjadi contoh dalam menjaga alam sekitar.