SIBU: Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit menyeru supaya pegawai dan anggota polis di sini sentiasa mengutamakan sikap profesional serta komitmen tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab.

Katanya, PDRM tidak terlepas daripada isu integriti dan disiplin dalam kalangan penjawat awam yang menjadi antara topik utama ketika ini.

“Saya menggesa warga PDRM Sibu berganding bahu mengikis gejala rasuah dalam pasukan yang memberikan per- sepsi negatif masyarakat terha- dap organisasi polis.

“Adalah penting bagi setiap kita memandang serius dalam menjaga imej pasukan,” katanya semasa berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Polis di padang kawad Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu di sini, semalam.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Superitenden Martin Khoo.

Justeru, beliau meminta penyelia pasukan membuat pemantauan kerap di semua peringkat bagi mengekang isu-isu yang melanggar integriti polis.

Seramai 44 pegawai kanan dan rendah Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta kakitangan awam IPD Sibu menerima sijil penghargaan dalam majlis tersebut.

Sijil itu disampaikan oleh Stanley serta beliau turut memakaikan tanda pangkat koperal kepada dua orang anggota pegawai rendah polis.