KUCHING: Program Karnival Kerjaya JobsMalaysia akan diadakan Sabtu (6 Julai) ini di UTC Kuching bermula 8.30 pagi hingga 5 petang.

Program ini diadakan serentak di 14 negeri seluruh negara.

Karnival Kerjaya JobsMalaysia menyediakan 20 majikan yang menawarkan 1,324 kekosongan jawatan kepada pencari kerja.

Selain itu, pelbagai aktiviti akan diadakan seperti temuduga terbuka, klinik kerjaya dan khidmat nasihat perburuhan.

Program ini diadakan bertujuan untuk memudahkan pencari kerja mendapat peluang pekerjaan.

Secara tidak langsung, majikan juga berpeluang untuk memperolehi calon pekerja yang bersesuaian secara setempat sewaktu program berlangsung.

Temuduga terbuka juga dijalankan bagi calon yang berminat untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan oleh syarikat.

Pencari kerja adalah dinasihatkan agar mendaftar sebagai pencari kerja melalui www.jobsmalaysia.gov.my serta membuat prapendaftaran melalui Interview Management System (IMS) di http://jtkswk.gov.my/ims/register terlebih dahulu sebelum menghadiri program ini.

Program ini terbuka kepada orang awam dan kemasukan adalah percuma.

Semua pencari kerja sama ada kalangan sekolah rendah, sekolah menengah, sijil, IPTA, IPTS mahupun orang yang sudah bekerja tetapi ingin meningkatkan karier mereka dijemput menghadiri program ini.

Selain itu, mereka juga berpeluang untuk menghadiri temuduga terbuka yang diadakan oleh syarikat yang mengikuti program tersebut.

Pencari kerja digalak berpakaian kemas dan membawa resume serta salinan sijil-sijil yang berkaitan semasa temuduga.