SEMATAN: Populasi penyu yang semakin berkurangan perlukan usaha pemuliharaan dan pemeli- haraan yang meluas bagi melindungi habitat haiwan tersebut.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman

Hamzah berkata, liputan meluas harus diusahakan bagi pemeliharaan dan pemuliharaan penyu yang dilakukan sejak 1940.

“Kementerian saya sedang merancang untuk membuka tempat berkenaan kepada awam bagi tujuan kesedaran mengenai usaha berkenaan yang disifatkan sebagai khazanah bernilai.

“Namun demikian, kehadiran pengunjung akan dihadkan kerana kita tidak ingin mengganggu habitat penyu sekali gus mencacatkan proses pemeliharaan telur-telur penyu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Doa Selamat Pulau Talang-Talang di Sematan semalam.

Sementara itu, beliau bangga dengan rakyat Sarawak yang menyokong usaha pemuliharaan dan pemeliharaan hidupan penyu serta menyayangi haiwan tersebut.

“Jika di negara luar, penyu akan menjadi mangsa buruan sebagai makanan ataupun menjadi kraf tangan,” ujarnya.

Abdul Karim juga mengucapkan tahniah kepada (SFC) dan Jabatan Muzium Sarawak atas usaha serta komitmen memulihara dan memelihara hidupan penyu.

Dalam majlis tersebut, beliau bersama-sama wakil yang lain melepaskan anak-anak penyu yang baru menetas ke laut.

Turut hadir Adun Tanjung Datu, Datuk Amar Jamilah Anu dan Adun Opar Datuk Ranum Mina serta ketua masyarakat.