SEMATAN: Sebanyak 28,011 biji telur penyu yang dikutip dan ditan- am untuk ditetaskan di ketiga-tiga pulau setakat Januari sehingga April tahun ini.

Pemangku Pengarah Jabatan Muzium Sarawak Suria Bujang berkata, sebanyak 28,011 biji telur penyu dikutip dan ditanam di tiga pulau, iaitu Pulau Satang, Pulau Talang-Talang Besar dan Pulau Talang-Talang Kecil.

“Bagi tahun 2018, seban- yak 2,448 pendaratan penyu dicatatkan di ketiga-tiga pulau dengan hasil kutipan telur seban- yak 206,557 biji,” katanya.

Tambah beliau, kesedaran ten- tang pentingnya menjaga habitat alam semula jadi yang menjadi daya tarikan pulau ke arah mewu- judkan industri pelancongan yang lebih mampan.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Doa Selamat Di Pulau Talang-Talang Besar, Sematan baru-baru ini.

Abdul Karim berkata, demi merealisasikan visi dan misi jabatan, Jabatan Muzium Sarawak ber-sama-sama Lembaga Pengurusan Penyu, Jabatan Hutan Sarawak dan Sarawak Forestry Corporation inginkan penambahbaikan dan meningkat- kan kadar penetasan penyu hijau di seluruh negeri.

“Penyu merupakan lambang kebanggaan rakyat tempatan apabila beribu-ribu ekor penyu me-netas dari sarangnya.

“Terdapat tiga spesies penyu yang selalu mendarat di pulau ini iaitu penyu sisik, penyu hijau dan penyu rantau. Penyu hijau meru- pakan penyu yang paling banyak mendarat dan bertelur di pulau sini setakat ini,” ujarnya.