PERSATUAN Memanah Negeri Sarawak telah menganjurkan Kursus Asas Kejurulatihan Memanah di Sibu hujung minggu lalu.

Kursus yang diadakan pada 5 hingga 7 Julai itu disertai 51 peserta di Pusat Memanah Sibu (SAC). Kursus tersebut dikendalikan oleh Sia Nen Noh yang memiliki Lesen Kelas Tiga Memanah.

Kursus tersebut turut disertai dua peserta dari Taiwan. Kebanyakan peserta adalah dari- pada kalangan guru sekolah dari Bintulu, Tatau, Sarikei, Kapit, Betong, Samarahan, Kuching dan Sibu. Para guru yang menyertai kursus ini nanti akan melatih para pelajar sekolah.

Setakat ini, sebanyak 11 buah sekolah menengah dan lapan buah sekolah rendah telah mempunyai persatuan sukan itu. Penyampaian sijil tamat kursus disempurnakan oleh wakil dari Majlis Sukan Negeri (MSN) Sibu Hii King Hung.