Seorang lelaki melecur di bahagian pahanya selepas bateri vape meletup secara tiba-tiba.

Nader Harb dari Cleveland, Ohio, AS menikmati makanan di sebuah restoran apabila bateri vape yang diletaknya di dalam poket seluarnya meletup.

Harb kemudiannya dikejarkan ke hospital dan doktor memberitahu dia melecur di bahagian paha kanannya.

Menurut Harb, kejadian itu hampir meragut nayawanya dan dia menggambarkan bahawa sakit yang ditanggungnya lebih teruk dari dilanggar kereta.

Dia berhasrat menyaman pengeluar bateri vape tersebut iaitu LG Chem, dari Korea Selatan.

Dalam pada itu ini bukan kes pertama yang membabitkan insiden sebegini.

Syarikat mengeluar bateri e-rokok iaitu LG Chem, Samsung serta WISMEC USA kini berhadapan masalah bakal disaman kerana produk mereka yang sering menyebabkan penggunanya menghadapi masalah.

Pada awal tahun ini William Brown (24) dari Fort Worth, Texas, meninggal dunia setelah rokok elektronik meledak di mukanya.

 

Foto Mirror online