KUCHING: Sebanyak 2,590 aduan mengenai penyalahgunaan dadah direkodkan di negeri ini sejak 2016, kata Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Izhar Abu Talib.

Menurutnya, pada 2017 sebanyak 470 aduan diterima mengenai penyalahgunaan dadah dan jumlah itu meningkat kepada 694 aduan pada 2018.

“Peningkatan kes dadah bukan disebabkan jumlah penagih yang semakin ramai, tetapi kerana

peningkatan jumlah operasi dan aduan masyarakat,” katanya pada Program Jom Hijau di sini, semalam.

Izhar berkata, pada 2018, pihaknya menerima jumlah aduan tertinggi yang memerlukan tindak balas segera.

Program Jom Hijau dianjurkan sebagai galakan mengoptimumkan penggunaan tenaga melalui teknologi hijau dan meningkatkan kesedaran terhadap faedah-faedah amalan hijau dalam kehidupan.

“Program ini merupakan aktiviti kemasyarakatan untuk meningkatkan kualiti udara dan persekitaran terutamanya di kawasan yang merupakan tempat sumber rezeki seperti sungai, laut dan hutan.

“Ia dilaksanakan dengan harapan dapat mengurangkan jumlah penagih dadah dan sarang penagihan mereka.

Turut hadir Pengarah AADK Sarawak, Wan Madihi Wan Salleh dan Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah, Dr. Merikan Aren.