KUCHING: Sarawak merekodkan bilangan pelajar positif dadah yang menurun setakat enam bulan pertama tahun ini, kata Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Dalam kenyataannya semalam, agensi tersebut mencatatkan 280 pelajar positif dadah di seluruh negeri itu, berbanding 291 pelajar dalam tempoh sama tahun lepas.

Kejayaan ini katanya, dicapai hasil kerjasama Jabatan Pendidikan Sarawak selain kejayaan polis dan kastam melakukan rampasan dadah terbesar sekitar bulan Mei dan Jun lalu, dengan nilai rampasan RM1.26 juta.

Sementara, itu agensi tersebut turut mengesahkan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Kuching dikekalkan untuk menempatkan Orang Kena Pengawasan (OKP) dalam kalangan remaja dan perempuan.

“Ini adalah salah satu usaha AADK Sarawak membantu OKP dalam kalangan perempuan dan remaja untuk pulih daripada masalah penyalahgunaan dadah,” katanya lagi.