Nik Wallenda berjaya memecah rekodnya sendiri dalam kategori berjalan atas wayar selepas berjalan di atas wayar sepanjang 1,808 kaki di Kanada baru-baru ini.

Wallenda, merupakan salah seorang anggota keluarga ahli sarkas Flying Wallendas dan mereka juga sering menarik perhatian media dengan aksi hebat berjalan di atas wayar pada jarak yang jauh.

Dalam misinya kali ini Wallenda mengambil masa 30 minit untuk sampai ke destinasinya dengan berjalan di atas wayar setinggi 30 kaki dari tanah.