KARIDA: Sekitar 24 orang terkorban termasuk dua wanita hamil dalam persengketaan antara suku kaum di Papua New Guinea dalam tempoh tiga hari.

Pegawai dari Hela, William Bando memberitahu AFP, jumlah korban boleh bertambah dalam pertikaian yang biasa terjadi di negara tersebut, memandangkan kali ini ada pihak yang menggunakan senjata automatis.

Pergaduhan di Karida dilaporkan ada pihak menggunakan parang membunuh enam wanita dan lapan anak dalam 30 minit.

Staf perubatan Pills Kolo berkata mayat sukar dikesan kerana ada yang hancur.

Bando memerintah sekitar 100 polis dan 40 pegawai setempat ke lokasi mengetahui situasi di tempat kejadian. Perdana Menteri Papua New Guinea James Marape mengungkapkan rasa sedihnya di penempatan asalnya Hela itu.

“Banyak anak dan ibu tak bersalah mati di Munima dan Karida, kawasan undian saya,” kata Marape.

Beliau turut geram memberi amaran ke atas pelaku tanpa menjelaskan bentuk tindakan yang diambil.

Marape mengakui jumlah anggota polis tidak mencukupi untuk mengawal keadaan dengan nisbah 400,000 penduduk dikawal oleh 60 anggota keselamatan sahaja.

Beliau berkata, operasi tentera dan polis perlu dipertingkatkan dan ditambah. – AFP