12 finalis buru gelaran Miss Borneo

SIBU: Seramai 12 peserta bakal berentap merebut gelaran Miss Borneo Festival Festival (BDCF) 2019 selepas tiada proses pe- nyingkiran pada pertunjukan bakat malam Isnin lalu dan bakal ber- entap ke pusingan akhir pada 24 Julai (hari ini).

Terdahulu semasa malam bakat, dua peserta dikatakan akan disingkirkan, namun hakim memu- tuskan untuk mengekalkan semua peserta untuk terus ke peringkat akhir.

Semua peserta telah mem- persembahkan bakat masing- masing, termasuk tarian ngajat, dan sebagainya.

Peserta mara ke peringkat akhir ialah Elvyna Edwin, 20, (Sri Aman), Deintre Serena Sendi Michael Remy, 22, (Kanowit), Oliviana Michelle Alli, 29, (Kanowit), Stephny Maszleen Sophian, 22, (Sibu), Kamelia Masam , 26, (Kapit), Liana Joseph, 24, (Salim Sibu), Frederica John, 24, Sibu, Cynthia Sumang Ujang, 23, (Sibu), Norani Roseline, 21, Roban) dan Liana Ngelai, 20, Kapit.

Juara akan membawa pulang wang tunai RM2,500, mahkota, trofi dan bunga.

Sementara itu, tempat kedua akan membawa pulang RM1,500, trofi, hamper, manakala tempat ketiga akan menerima RM1,000, trofi dan hamper.

Untuk pemenang tempat keempat dan kelima mereka akan membawa pulang hadiah wang tunai RM450 dan RM350.

Bagi pemenang tempat keenam hingga kesembilan akan menerima sagu hati.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak