KUCHING: Bukan hanya Datuk Dr. Jerip Susil seorang, tetapi ada lagi pimpinan dan ahli parti yang lain yang akan ‘angkat kaki’ meninggalkan Parti Sarawak Bersatu (PSB), kata sumber politik parti itu kepada Suara Sarawak semalam.

Menurutnya, ‘suara-suara’ ke arah itu sudah kedengaran sejak bulan lalu, namun dalam dua tiga hari ini, ia kedengaran nyaring.

“Malah kepimpinan PSB sendiri menyedari akan hal ini, dan berusaha untuk meningkatkan solidariti sesama mereka.

“Ia berpunca daripada kesamaran akan hala tuju perjuangan parti itu, terutama dalam konteks Sarawak.

Beberapa rundingan telah dilangsungkan dalam kalangan pemimpin-pemimpin parti ini, termasuk di Kuching dan Sibu.

Namun difahamkan, mereka gagal menemui penyelesaian sama ada dapat menyertai Gabungan Parti Sarawak (GPS) kerana berlaku bantahan daripada parti-parti komponen. Justeru itu kata sumber lagi, beberapa pemimpin parti terse- but mula memikirkan alternatif lain, terutama untuk memasti- kan terus kekal sebagai calon GPS dalam pilihan raya akan datang.

“Dan keputusan akhir ialah menyertai parti-parti komponen yang sedia ada.”

Menurut sumber itu lagi, tidak timbul soal kesetiaan kerana ketika ini, khidmat yang mampu ditawarkan kepada rakyat adalah sangat penting, untuk kekal sebagai penyandang.

“Bagaimana untuk menjadi calon jika parti yang diwakili tidak ada kepastian.

“Kerana itulah tindakan Dr. Jerip itu adalah tepat, dan kena pada masanya.

“Kita tidak mahu, setelah menang kelak, masih timbul masalah di luar lingkungan kerajaan yang memerintah,” katanya lagi.