KUCHING: Penutupan atau lencongan di Jalan Muara Tuang-Stakan Melayu (Q544X) CH 0+000 ke CH2+600 di Bahagian Samarahan akan dilaksanakan dari 12 Julai hingga 21 Julai pada jam 9 malam hingga 4 pagi.

Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataan media menjelaskan, penutupan atau lencongan itu dibuat bagi memberi ruang untuk kerja penyelenggaraan jalan raya di kawasan berkenaan.

Pelaksanaan tersebut hanya akan dilakukan jika terdapat situasi melibatkan jentera memerlukan ruang luas untuk melakukan kerja, dan akan dibuka secepat mungkin bagi melancarkan pergerakan trafik.

Dalam perkembangan sama, JKR Bahagian Samarahan juga akan memaklumkan segera jika terdapat sebarang peruba- han tarikh, waktu atau kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja penyelenggaraan tersebut.

Pengguna jalan raya turut dinasihatkan merancang perjalanan dan mematuhi papan tanda keselamatan yang disediakan di sekitar kawasan terlibat serta mengikut arahan penjaga bendera bagi melancarkan pergerakan trafik.

Segala kesulitan amat dikesali dan sekiranya terdapat sebarang aduan atau pertanyaan lanjut berkenaan dengan aliran trafik di kawasan terlibat, orang awam boleh menghubungi Pejabat JKR Samarahan di talian 082-672816 pada waktu pejabat dan CMS Quarries di talian 082-615598.