KUCHING: Tindakan Datuk Dr. Jerip Susil keluar Parti Sarawak Bersatu (PSB) dilihat demi kepentingan kawasannya, kata Ketua Pemuda PSB Cawangan Mambong, Wilson Mapus.

Jelasnya, barisan pemuda akan terus berdiri teguh di belakang Dr. Jerip.

“Sudah tentu kami akan sokong, kalau itu keputusannya,” katanya.

Malah, seorang lagi individu yang dekat dengan Dr. Jerip berkata, yang pasti beliau tidak akan beralih arah mewakili Pakatan Harapan.

Dr. Jerip dalam kenyataannya yang bertarikh 10 Julai mengumumkan keluar PSB berkuat kuasa serta-merta.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas berunding dengan rakyat dan penyokong dalam kawasannya.