KUCHING: “Sarawak merupakan salah sebuah negeri terindah di Malaysia yang kaya dengan keindahan alam semula jadi,” puji Vokalis Otava Yo Alexey Belkin.

Alexey berkata, beliau sangat suka menyaksikan keindahan flora dan fauna dan tertarik untuk melihat orang utan dan buaya.

Alexey berkata, destinasi Taman Negara Bako merupakan pilihan utama beliau setiap kali berkunjung ke Kuching.

“Taman Negara Bako menunjukkan keindahan dan kecantikan alam semula jadi negeri Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu ramah sempena Rainforest World Music Festival (RWMF) 2019 di Damai Beach Resort, di sini, semalam.

Selain itu, Alexey mengatakan makanan Sarawak juga sangat sedap dan tidak terlalu pedas.

“Saya pernah mencuba laksa Sarawak dan mendapati ia sangat sedap dan tidak terlalu pedas dimakan,” jelasnya.

Alexey berkata, beliau sudah pasti akan membawa keluarganya berkunjung ke Sarawak kerana Sarawak negeri yang sangat indah.