KUCHING Penguatkuasa Jabatan Hutan Sarawak telah menahan sebuah lori di Jalan Matang – Batu Kawah kira kira jam 4.45 petang.

Jurucakap JHS berkata tangkapan yang dilakukan sekitar 4.45 petang itu oleh sepasukan  anggota Penguatkuasa dari Pejabat Hutan Wilayah Kuching.

“Kita menahan dan memeriksa sebuah lori yang membawa muatan  batang kayu batak, dan mendapati pemandu lori gagal mengemukakan sebarang  dokumen berkaitan muatan kayu batak yang dibawa.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati  lori tersebut membawa 36 batang kayu batak  pelbagai  saiz  tanpa sebarang tanda Jabatan Hutan Sarawak dan ini merupakan satu kesalahan dibawah  Seksyen 95 (1), Ordinan Hutan Sarawak 2015”, katanya.

Anggaran nilai rampasan  adalah berjumlah RM10,000.0.

Kesemua barang kes termasuk sebuah lori, 5 unit anak kunci lori dan sekeping kanvas telah disimpan di Pejabat Hutan Wilayah Kuching untuk tindakan lanjut.