BINTULU: Menteri Utiliti merangkap ADUN Kemena Datuk Sri Dr Stephen Rundi Utom meluangkan masa meninjau persiapan terakhir majlis perasmian Sarawak PAY-BSN Fintech Reaching Rural di Sebauh, hari ini.

Pegawai Daerah Sebauh William Manggoi dan Jurutera Penyelenggaran Jalan Jabatan Kerja Raya Bahagian Bintulu, Chieng Siong Ming turut menyertai tinjauan persiapan bersama Rundi.

Dianggarkan lebih 2,000 orang bakal menghadiri majlis yang akan disempurnakan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada Ahad ini, jam 3 petang bertempat di tapak baharu tempat letak kereta Pekan Sebauh.

Pelbagai aktiviti sampingan seperti Ceramah Inisiatif Digital Ekonomi, Ceramah Teknikal CENTEXS, Peluang Latihan Digital CENTEXS, Demonstrasi AR VR, Program PANDei PUSTAKA, peraduan mewarna BSN, pertandingan BSN Sebauh Got Talent serta cabutan bertuah.