2.18 juta ekar tanah NCR berjaya disukat

JULAU: Sejumlah 196 surat hak milik tanah Seksyen 18 telah diserahkan kepada pemiliknya pada majlis diadakan di Rumah Kiroh Rantau Limau di sini semalam.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, sehingga 31 Mei tahun ini, 2.18 juta ekar ataupun 884,899 hektar telah disukat di bawah Pengukuran Tanah Hak Adat Negeri (NCR) inisiatif baharu.

“Untuk lot individu, sebanyak 26,765 lot melibatkan 33,288 hektar telah disukat,” katanya dalam teks ucapan dibacakan Menteri Muda Perindustrian dan Pelaburan Malcolm Mussen Lamoh, semalam.

Awang Tengah menyeru penerima surat hak milik tanah dalam majlis itu untuk mengusahakan tanah mereka dengan sebaik mungkin.

“Usahakanlah tanah anda agar ia mengeluarkan hasil yang optimum dan memberi manfaat dari segi ekonomi kepada anda,” tam- bah beliau.

Malcolm turut mewakili beliau menyerahkan surat hak milik tanah tersebut kepada pemiliknya, semalam.

Turut hadir Menteri Muda Keusahawanan dan Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Datuk Naroden Majais dan Adun Meluan Roland Duat.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak