MIRI: Seorang warga emas yang dilaporkan hilang ketika mencari sayur di hutan berhampiran Kampung Lopeng semalam ditemui mati, hari ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata, mangsa, seorang lelaki bernama Lai Song Kong, 72, berjaya dijumpai pada jam 10.29 pagi tadi.

“Mangsa dijumpai dalam jarak kira-kira 120 meter dari lokasi kereta mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, mangsa dilaporkan keluar mencari sayur pada jam 4.16 petang semalam, namun tidak balik ke rumah sehingga pukul 6 petang.

Usaha mencari dilakukan oleh anak mangsa dan menemui kereta milik bapanyan di tepi jalan iaitu kira-kira dua kilometer dari laluan utama yang berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan Lopeng Tengah.

Anak mangsa kemudian menghubungi pasukan bomba untuk meminta bantuan apabila masih gagal menemuikan mangsa ketika itu.