Sarawak tidak terkecuali dalam menuju perkembangan Revolusi Industri 4.0 yang mewarnai gaya  hidup dan tindakan masyarakat dunia.

Pada masa kini, kita mula berbicara berkaitan rumah pintar, kereta pintar, telefon pintar dan pelbagai elemen pintar yang diterjemahkan dalam teknologi pintar melalui Revolusi Industri 4.0.

Sarawak perlu menggunakan peluang dan ruang sepenuhnya dan bergerak aktif menggunakan Revolusi Industri 4.0.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Serba Dinamik Berhad Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah berkata, peluang itu dapat membantu merangsang perkembangan ekonomi digital Sarawak menerusi Revolusi Industri 4.0.

Beliau berkata, peningkatan fleksibiliti dan meningkatkan kecekapan, produktiviti, berkualiti serta mempercepat proses pasaran.

Peningkatan fleksibiliti membantu pengeluar merancang skala pengeluaran produk mereka dari masa ke semasa sambil memberi ruang pengeluaran secara pukal yang banyak.

“Selain itu, ia dapat membantu meningkatkan kecekapan, produktiviti, berkualiti serta mempercepatkan proses ke pasaran,” katanya pada sidang kemuncak Sarawak Beyond Paradigm Summit 2019 di Hotel Pullman baru-baru ini.

Tambah beliau, kebaikan Revolusi Industri 4.0 adalah banyak kajian dilakukan dalam seni reka dan aktiviti pembangunan.

Abdul Karim berkata, penyesuaian Revolusi Industri 4.0 mewujudkan peluang berinovasi dalam proses pembuatan, pembekalan dan pengedaran serta meningkatkan prestasi perniagaan dan pembangunan produk.

“Selain daripada itu, Revolusi Industri 4.0 membantu meningkatkan kemahiran

baharu dan menyerlahkan bakat generasi muda dengan penggunaan teknologi digital mampu menyerlahkan kreativiti pekerja,” jelasnya.

Dalam pada itu, Revolusi Industri 4.0 mempunyai banyak cabaran yang perlu dihadapi iaitu dari segi kesedaran revolusi, kos pengeluaran, dan peningkatan kemahiran pekerja.

Selain itu, impak pengganguran pekerjaan akibat kebergantungan pada mesin dan ancaman siber antara cabaran yang dihadapai.

Bagaimanapun, kemunculan Revolusi Industri 4.0 membawa impak positif kepada pihak yang bijak memanfaatkan pengunaannya.

Langkah ini membawa penghijrahan kepada teknologi perdagangan alam maya yang membuka peluang ekonomi khususnya di Sarawak.