KUCHING: Senari Synergy terus komited menjadi pemain industri utama menyediakan kemudahan bagi industri minyak dan gas menjelang 2030 menerusi pelbagai inisiatif dengan membangunkan budaya kerja yang lebih selamat dan sihat.

Pengarah Urusan Kumpulan Senari Synergy Sdn Bhd, Jerfi Ahmad Tambi berkata dalam usaha membangunkan tenaga kerja berkualiti, pihaknya telah mengambil langkah holistik dalam Pembangunan Modal Insan.

“Ini termasuk melihat penanda aras dan mengkaji semula permasalahan dan manfaat, melaksanakan inisiatif lati- han dan meningkatkan kemahiran yang lebih agresif dalam mempromosikan per- sekitaran kerja kondusif menerusi elemen 5S dan mencapai kelayakan ISO yang se- wajarnya.

“Ini dapat dilihat menerusi beberapa program yang dijalankan seperti Fit@Synergy, Tranquility@Synergy dan Change@ Synergy, selain meningkatkan integriti, prestasi dan hubungan kesefahaman sebagai teras utama,” katanya berucap pada Majlis Hari Kesihatan, Keselamatan, Keselamatan dan Alam Sekita (HSSE) yang

julung kali diadakan oleh Kumpulan Senari Synergy di Hotel UCSI Hotel semalam. Katanya, pihaknya kini menerima pelbagai anugerah termasuk Anugerah Industri Terbaik Ketua Menteri, SME100 Fast Growing Company, High Productivity Enterprise, Best JV Terminal by Shell dan banyak lagi.

“Sehubungan itu, Senari Synergy kini mengukuhkan elemen keselamatan dan kesihatan dengan mengadakan Hari Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar Senari Synergy 2019 dengan bertunjangkan enam objektif utama.

“Enam objektif utama kita ini ialah sifar kematian, sifar jumlah kes direkodkan, sifar insiden berkaitan keselamatan, sifar lost time injury (LTI), sifar tumpahan kepada alam sekitar, dan sifar pelanggaran peraturan mandatori sebagai asas kepada tahap yang lebih berkualiti tinggi,” jelas Jefri.

Beliau berharap Senari Synergy terus mengekalkan momentum sebagai sebuah industri yang terus mengamalkan elemen keselamatan yang sihat kepada semua pekerja.