LIMBANG: Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah dan Adun Batu Danau Paulus Palu Ngumbang memberi sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Belading.

Sumbangan tersebut diserahkan sendiri semasa mereka melawat mangsa kebakaran terbabit, hari ini.

Turut serta dalam lawatan tersebut Pemuda PBB dan Wanita PBB cawangan Batu Danau yang juga menyalurkan bantuan berbentuk wang tunai.

Ketua Pemuda PBB Batu Danau Elvis berkata, pihaknya turut bersimpati dengan musibah yanh dihadapi oleh mangsa kebakaran dengan menghulurkan bantuan bagi meringankan sedikit beban keluarga terbabit.

“Kita sentiasa peka dengan musibah yang menimpa masyarakat dengan memberi bantuan semampu kami.

“Diharapkan dengan bantuan yang kami berikan pada hari ini dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung mereka,” ujarnya di sini hari ini.

Selain itu, pihak Jabatan Kebajikan turut menghulurkan bantuan dari segi keperluan asas harian.

Dalam pada itu, kebakaran yang berlaku pada jam tiga pagi tadi melibatkan sebuah rumah dan lima buah keluarga.

Kejadian berkenaan menyebabkan rumah jenis batu itu terbakar 90 peratus namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Semoga semua mangsa kebakaran diberikan kesabaran untuk menghadapi musibah yang melanda kepada mereka.