Lelaki paling kuat cipta Rekod Guinness kali kelima

Sergey Tsyrulnikov, yang terkenal sebagai lelaki terkuat Kazakhstan berjaya mencipta nama untuk kali kelima dalam Buku Rekod Guinness baru-baru ini.

Tsyrulnikov berjaya memaku 10 buah periuk leper ke papan dengan hanya menggunakan tangannya.

Dia mengambil masa 1 minit, 48 saat untuk melakukan tindakan itu ke atas semua periuk tersebut.

Acara ini diadakan di hadapan se- buah pentas dan dihadiri oleh wakil dari Buku Rekod Guinness.

Sebaik sahaja selesai melakukan misinya, Tsyrulnikov menerima sijil sebagai mengesahkan kejayaannya.

Foto: UPI


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak