SIAPA sangka pelakon watak sampingan Jodoh-jodoh Annisa merupakan antara pilihan penerbit filem Hollywood. Daniella Sya, 30, berasal dari Alor Setar, Kedah.

Dia mendedahkan pernah mendapat empat tawaran berlakon di Hollywood tetapi terpaksa menolak kerana beberappa kekangan.

1) Iron Man 3

Daniella pernah menerima tawaran berlakon dalam Iron Man 3 atas bantuan rakannya bekerja di studio menjalinkan kerjasama dengan produksi Hollywood.

“Ada satu babak memerlukan pelakon berbangsa Cina kerana ia syarat untuk filem ini ditayangkan di China. Kononnya penggambaran dibuat di China. Sebab itu mereka memberikan tawaran kepada saya,” jelasnya.

Pun begitu, Fan Bingbing menawarkan dirinya untuk watak itu dan semestinya pihak produksi memilih artis popular China tersebut kerana namanya.

Daniella tidak terkilan kerana menerima hakikat dirinya masih baharu jika dibandingkan dengan Fan Bingbing.

2) Marco Polo

Bagi filem Marco Polo pula, Daniella ditawarkan watak Blue Princess dan pihak produksi tidak berhenti memintanya menghantar rakaman uji bakat.

Bagaimanapun, rezeki tidak memihak kepadanya kerana pada waktu itu terikat dengan Mediacorp, Singapura.

3) Crazy Rich Asians

“Pihak Crazy Rich Asians bertanya jadual saya selepas uji bakat kali keempat. Saya tidak dapat memberikan jawapan kerana saya terbabit dengan latihan drama Dosa.

“Akhirnya saya menyesal kerana jadual latihan ditunda kepada tarikh lain,” katanya.

4) Power Rangers

Bagi filem Power Rangers, Daniella tidak berani mencuba nasib untuk projek tersebut walaupun didesak oleh ejennya kerana uji bakat untuk watak itu adalah untuk pelakon berus 18-21 tahun.

Dia tidak menyesal dan berkata masih berpeluang untuk mencuba nasib di Hollywood suatu hari nanti.