HONG KONG: Tentera China mengeluarkan video propaganda yang memperlihatkan gerombolan tentera bersenjata membendung protes di Hong Kong, sebagai terhadap pergerakan prodemokrasi di bandar itu.

Video tersebut dihantar ke media sosial oleh pasukan Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) di Hong Kong semalam, dengan kapsyen pihak tentera mengisytiharkan ia mempunyai “keyakinan” dan “keupayaan” untuk mengekalkan keselamatan di bandar raya separa autonomi di selatan China.

Video berdurasi tiga minit itu mempamerkan kereta kebal PLA, helikopter dilengkapi senjata api, pelancar roket dan perkakasan ketenteraan lain dalam operasi di Hong Kong, serta tentera bersenjata yang melakukan latihan antikeganasan.

Ia juga merangkumi latihan antirusuhan yang mana askar bersenjata, pengangkut kakitangan berperisai dan meriam air digunakan untuk menyuraikan para penunjuk perasaan.

“Anda sendiri yang akan menanggung semua akibatnya,” teriak seorang askar dengan pembesar suara.

“Semua akibatnya anda sendiri,” seorang askar berteriak kepada pembesar suara pada permulaan latihan ketenteraan itu dalam bahasa Kantonis, bahasa yang dituturkan di Hong Kong. Sementara tanah besar China menggunakan bahasa Mandarin

Pegawai juga dilihat memegang bendera merah yang tertera tulisan: “Amaran, berhenti menuduh atau kami menggunakan kekerasan”.

Latihan ini ketenteraan itu berakhir dengan tentera bersenjata mengiring penunjuk perasaan, dengan tangan mereka diikat ke belakang, dibawa ke kawasan ditanda dengan spanduk “titik penahanan”.

Video itu disiarkan pada hari sama puluhan orang muncul di mahkamah di Hong Kong selepas didakwa “merusuh” kerana terlibat dalam protes antikerajaan pada hujung minggu.

Pergolakan bermula hampir dua bulan lalu apabila orang ramai keluar menyertai demonstrasi jalanan untuk menghentikan usaha kerajaan memperkenalkan undang-undang yang membolehkan ekstradisi ke tanah besar China.  – AFP