BAU: Objek menyerupai bom dijumpai di sungai Kampung Buso di sini pada 1 Ogos lalu.

Ketua Polis Bau Poge Nyaon berkata, pada jam 5.30 petang polis menerima panggilan daripada pengadu dari kampung tersebut.

“Menurut pengadu, anak saudaranya menjumpai objek yang menyerupai bom ketika bermain dan mandi di sungai kampung berkenaan.

“Objek itu diserahkan kepada pengadu dan dia membuat laporan ke Balai Polis untuk tindakan lanjut Unit Pemusnah Bom (UPB),” jelasnya dalam kenyataan media, semalam.

Tambahnya, UPB Kontinjen Sarawak pergi ke tempat berkenaan semalam untuk membuat pemusnahan.

“UXO jenis Hand Grande berjaya dimusnahkan dengan proses letupan di Insitu.

“Pemusnahan objek tersebut selesai dengan jayanya tanpa berlaku sebarang insiden yang tidak diingini,” jelasnya.