KUCHING: Sebanyak 38 kes kebakaran terbuka membabitkan keluasan 73.55 ekar dikesan dalam masa 24 jam di seluruh Sarawak.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, Kampung Sekait Sri Aman mencatat keluasan tertinggi membabitkan 30 ekar diikuti 12 ekar di Lopeng.

“Kampung Tapang Lebut, Balai Ringin (2 ekar), Pasar Tebedu hanya pemantauan (kebakaran berada jauh dalam hutan), Kampung Muhibbah (0.5 ekar), Kampung Sekait, Kampung Laruh Skim (1 ekar), Kampung Rampangi Fasa II – (0.0006 ekar), Lorong 25, Taman Hj Ludin, Kampung Semariang Batu (1 ekar) dan Petronas Jalan Sultan tengah (0.0006 ekar),” katanya ketika dihubungi semalam.

Tambah jurucakap itu, kebaka-ran turut membabitkan Kampung Tapang Lebut, Balai Ringin (2 ekar), Pasar Tebedu hanya pemantauan (kebakaran berada jauh dalam hutan), Kampung Muhibbah (0.5 ekar), Kampung Laruh Skim (1 ekar), Kampung Rampangi Fasa II (0.0006 ekar), Lorong 25, Taman Hj Ludin, Kampung Semariang Batu (satu ekar) dan Petronas Jalan Sultan Tengah seluas 0.0006 ekar.

Tambah jurucakap berkenaan, di Bulatan SMK Teknik Sejingkat membabitkan 0.001 ekar, Demak Laut (0.001 ekar), Simpang Kampung Selabat (0.001 ekar), Jalan Sg. Bidut (0.5 ekar dipadam pemilik sendiri), Kampung Seguan Jaya (0.5 ekar), Kampung Bahagia, Teku (5 ekar), Taman Permai Jaya (0.5 ekar) manakala kebakaran di Simpang Kemuyang dipadam pemilik tanah.

Turut dilaporkan berlaku kebakaran di Taman Li Hwa (1 ekar), Jalan Sg. Kut Tengah (2 ekar), Jalan Kuala Segan (2 ekar), Jalan Jeruit (1 ekar), Lorong Bahagia Jaya 6 Tengah (2 ekar), Seberang SMK St. Elizabeth (0.05 ekar), Bukit Lima, Jalan Repok (1 ekar), Simpang Bulat (3 ekar), Kampung Bulat Batu 1 (0.05 ekar), Jalan Kampung Tapang Berangan (1 ekar), berhampiran SJK Nan Chew seluas dua ekar.

Kebakaran juga membabitkan Jalan Mado Tulai, Bintangor, Jalan Sepilo (0.5 ekar), Jalan Tekendu (0.5 ekar), Sabah Forest Reserve, Jalan Batu Kawah berhampiran Sg. Moyan (0.05 ekar), Jalan Kampung Pelait (2 ekar), Jalan Marudi-Miri (0.05 ekar), Kg Sedi (baru), belakang Hotel Pullmen Miri (0.5 ekar) dan Jalan Asajaya Ulu sebanyak tiga ekar.