HOKKAIDO: Sekitar 57 orang maut dan 18,000 lain dirawat di hospital ketika gelombang panas melanda Jepun sejak akhir Julai.

Menurut Kyodo, Badan Pengurusan Kebakaran dan Bencana Jepun melaporkan mangsa maut di 24 kawasan.

Hokkaido mencatatkan tujuh orang meninggal dunia, dengan masing-masing lima kematian dicatat di Ibaraki dan Saitama.

Seramai 18,347 orang pula dirawat di hospital akibat fenomena gelombang panas ini.

Minggu sebelumnya jumlah mereka yang menerima rawatan hanya 5,664 orang

Seramai 729 pesakit dilaporkan dalam stuasi parah sehingga dirawat lebih tiga minggu.

Lebih separuh daripada jumlah keseluruhan pesakit yang dirawat di hospital akibat gelombang panas berusia lebih 65 tahun.

Laporan pihak berwewenang menyebut tekanan tinggi iklim di Jepun menyebabkan berlaku panas ekstrem di sebahagian besar wilayah.

Rakyat Jepun diminta berada di rumah dan diruang sejuk, serta minum banyak air mengatasi fenomena gelombang panas ini.