Tabung Baitumal Sarawak sekali lagi tampil dengan aplikasi mudah alih Jejak Asnak versi 2, bertujuan membolehkan sesiapa sahaja membantu TBS dalam usaha mengesan potensi asnaf dalam kalangan masyarakat Islam di Sarawak.

Kepada pengguna, mereka hanya perlu mengesan asnaf mempunyai ciri-ciri kelayakan untuk menerima bantuan daripada TBS.

Langkah pertama, pengguna perlu memuat turun aplikasi Jejak Asnaf di Playstore (Andriod) manakala untuk pengguna peranti iOS di Apps Store.

Selepas memuat turun aplikasi ini mereka perlu mendaftarkan diri terlebih dahulu.

Untuk tujuan laporan, pengguna hanya perlu menekan butang gambar melalui kamera telefon bimbit dan kemudian membuat catatan ringkas maklumat asas seperti nama, alamat, nombor telefon untuk dihubungi dan nombor kad pengenalan sebelum menghantar maklumat asnaf untuk menerusi aplikasi tersebut.

Akhir sekali, pengguna dimaklumkan berhubung status semasa laporan potensi asnaf dilaporkan dan TBS menghubungi mereka untuk tindakan selajutnya.

Sehingga kini TBS berusaha membantu golongan asnaf di negeri ini agar tidak ketinggalan, selain menggunakan pendekatan terkini lebih mudah iaitu dengan kemudahan teknologi aplikasi pintar untuk membuat pelaporan asnaf.