MIRI: Kerajaan Sarawak bersetuju Jambatan Long Lama dinamakan sempena nama mantan Ketua Menteri Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem (Tok Nan) atas permintaan penduduk Baram.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumkan perkara tersebut pada maj-
lis perasmian jambatan itu di Long Lama, semalam.

Beliau berkata, ini untuk memperingati jasa Tok Nan yang meluluskan pembinaan projek itu disamping memenuhi permintaan penduduk Baram yang memberikan cadangan nama jambatan tersebut.

Menurutnya, beliau juga akan meneruskan apa yang dilakukan Tok Nan untuk rakyat sebelum ini seperti pembangunan luar bandar.

“Walaupun Tok Nan meninggalkan kita tapi kini mempunyai Tok Johari yang akan meneruskan usaha beliau dalam pembinaan jambatan ini,” katanya berseloroh.

Abang Johari menambah,Kerajaan Sarawak akan terus membangunkan kawasan luar bandar yang menjadi keutamaan seperti dalam manifesto pada 2016.

Menurutnya lagi, Kerajaan GPS akan sentiasa memastikan segala projek pembangunan dijanjikan akan ditepati dan dilaksanakan.

“GPS bukan hanya berjanji tetapi juga bekerja, tidak seperti PH yang hanya tahu mengeluarkan air liur
sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi berkata, pembinaan jambatan tersebut berjaya disiapkan mengikut jadual iaitu dalam tempoh tiga tahun.

Katanya, pembinaan jambatan itu menunjukkan kesungguhan GPS untuk meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk luar bandar dengan menyediakan kemudahan yang dapat memanfaatkan semua rakyat.

“Jambatan ini akan memberi manfaat kepada 37,000 penduduk sekitar dengan mendekatkan jarak perjalanan yang dulunya hanya bergantung kepada pengangkutan feri,” katanya.

Lebih 3,000 penduduk Baram datang menghadiri pada majlis perasmian jambatan tersebut untuk menyaksikan detik bersejarah yang sekian lama dinanti-nantikan.

Jambatan sepanjang 573 meter yang terletak kira-kira 140 kilometer dari bandar raya Miri itu dibiayai
sepenuhnya Kerajaan Sarawak.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr James Jemut Masing dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang Undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan
Projek) Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau, Adun Mulu Datuk Gerawat Gala, Adun Telang Usan Dennis Ngau dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat Shin Yang Tan Sri Datuk Ling Chiong