12 orang pelajar terima bantuan di Mukah

MUKAH: Seramai 12 orang pelajar dari sekitar Mukah telah menerima bantuan yang telah disampaikan oleh Adun Balingian Yaakub Arbi bertempat di Pusat Khidmat Masyarakat Adun Balingian semalam.

Katanya bantuan tersebut diharap dapat meringankan beban dan memberikan suntikan kepada semua penerima yang bakal menyambungkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam mahupun swasta.

“Berdasarkan rekod, menunjukkan berlaku peningkatan jumlah pelajar yang akan memasuki IPT ini di kawasan kita dari tahun ke tahun dan bulan ini sahaja kita telah menerima lebih 40 nama yang bakal memasuki IPT ini.

“Manakala untuk setiap bulan sekurang-kurangnya 15 orang akan menerima bantuan dari pusat khidmat masyarakat kita ini, dan ini antara salah satu usaha kita dalam memberi manfaat kepada semua,” katanya berucap di sini semalam.

Tambahnya lagi anak-anak merupakan pelapis utama kepada kepimpinan negara dan negeri satu hari nanti.

“Menerusi usaha ini menunjukkan kita amat prihatin dan kita akan terus membantu seboleh yang mampu untuk kebaikan bersama,” ujarnya.

Penerima -penerima bantuan tersebut bakal menyambungkan pengajian mereka di Universiti Malaysia Sarawak, Univerisiti Malaysia Sabah, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Universiti Islam Negeri Sunan Kali Jaga Yogyakarta Indonesia, University College of Techonology Sibu, dan Universiti Malaya.

Turut hadir menyaksikan penyerahan bantuan tersebut ialah Pegawai Daerah Mukah Safrie Saili, dan ibu bapa penerima.

Yaakub Arbi bergambar bersama 12 orang penerima bersama ibu bapa yang hadir di Pusat Khidmat Masyarakat semalam.

 

 

 

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak