KUCHING: Pihak bomba kini sedang giat mengesan seorang lelaki yang dikhuatiri hilang di jambatan Sungai Kuap, jalan Kuching-Samarahan, hari ini.

Menyedari sudah sehari anaknya tidak balik ke rumah, ibu mangsa terus melaporkan kejadian kira-kira jam 5.11 petang kepada pihak bomba dan polis.

Difahamkan mangsa hilang mempunyai trauma dalam masalah kesihatan tumor.

Maklumat awal daripada Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri mendapati mangsa, 27, tidak pulang ke rumah sejak semalam dan kereta yang digunakan masih diparkir di atas jambatan berkenaan.

“Operasi mencari dan mengesan mangsa di darat dan sekitar kawasan kejadian masih diteruskan oleh pihak bomba.

“Sehingga pukul 7.15 hari ini, mangsa masih belum dijumpai dan operasi pencarian masih dijalankan ,” jelas info yang dikeluarkan pusat gerakan operasi Bomba Sarawak.

Operasi pencarian mangsa melibatkan BBP Tabuan Jaya dan Batu Lintang dengan kekuatan seramai 10 anggota.

Pihak bomba sedang mengesan dan mencari mangsa di sekitar kawasan jambatan Sungai Kuap