KEMBOJA: Lelaki ditemui tersepit di antara batu di kawasan hutan Kemboja semasa menacri tahi kelawar.

Dia dikatakan tersepit di batuan itu selama empat hari sebelum ditemui pasukan penyelamat.

Kejadian berlaku ketika lelaki itu mengambil barangnya yang jatuh di celah batu tersebut tetapi akhirnya badannya melekat di situ.

Keluarganya yang mula bimbang selepas dia tidak pulang empat hari berusaha mencarinya.

Nasibnya baik apabila mereka berjaya menemuinya dan segera menghubungi pasukan keselamatan untuk membantu mengeluarkannya dari celah batu tersebut.

Sekitar 200 orang bertungkus-lumus mengeluarkannya dari situ.

Mereka menghancurkan batu itu bagi membolehkan dia bergerak dan misi tersebut memakan masa 10 jam.

Sebaik sahaja dikeluarkan dari batuan mangsa dikejarkan ke hospital untuk rawatan.